ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH

SELAMAT DATANG/WELCOME/BON VOGUE/SAWADIKAP



BLOG PANITIA PENDIDIKAN MUZIK SMK MERANTI




Saturday, February 20, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK MERANTI KALI KE 13 2010

Kejohanan Olahraga SMK Meranti Kali Ke 13 akan diadakan pada 24 Februari 2010 iaitu hari rabu bertempat di padang SMK Meranti.Majlis Perasmian akan dilakukan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas.

Monday, February 8, 2010

CERAMAH MOTIVASI Tingkatan 3 dan 5

Ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5
Oleh Ym. Raja Shamri B. Raja Hussin, 9/2/2010
Pkl 9.00 Pagi hingga 4.30 Petang bertempat di Dewan Cendekiawan SMK Meranti

Sukantara Peringkat SMK Meranti 2010
10/02/2010 Pukul 8.00 Pagi-10.00 Pagi
Bertempat di Padang SMK Meranti.
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian.

Saturday, February 6, 2010

Lawatan Oleh Wakil PPD Pasir Mas & Ceramah Pencegahan Jenayah

-Ahad 7 Februari 2010: Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk Ustazah Hasmat. Wakil PPD Pasir Mas En. Zulkifli telah hadir memantau dan turut serta dalam majlis. Beliau telah memberikan sedikit rangsangan kepada pelajar-pelajar SMK Meranti supaya meneruskan azam mencapai kecemerlangan.

- Majlis kedua ialah ceramah Pencegahan Jenayah oleh Pegawai Penyiasat dari IPD Pasir Mas sempena Bulan Disiplin SMK Meranti 2010. Ceramah telah diberikan oleh Inspektor Siti Sarah dan Inspektor Syed Munawar berkenaan masalah jenayah dikalangan remaja dan gejala kerosakan akhlak dikalangan pelajar sekolah. Ceramah tersebut sedikit sebanyak telah memberikan kesedaran khususnya kepada pelajar di SMK Meranti.

Al Fatihah Untuk Allahyarhamah Ustazah Hasmat Bt. Hj Ali

Pada 6 Februari 2010 SMK telah kehilangan seorang warganya iaiti Ustazah Hasmat Bt. Hj Ali. Beliau merupakan salah seorang guru yang mempunyai budi pekerti yang baik dan walaupun sedang berdepan dengan penyakit yang dihidapinya beliau cuba untuk memberikan ilmu kepada anak didiknya. Ustazah Hasmat merupakan isteri kepada Tn Hj Saipul Bahri iaitu Pengetua SM Sains Machang. Seluruh Warga SMK Meranti mengucapkan Takziah dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dimakam orang-orang yang soleh : Al Fatihah.

Wednesday, February 3, 2010

2009

1. Konsert Menjunjung Kasih Kementerian Pelajaran Malaysia 2009
    17 Jun 2009 Dewan Merdeka PWTC Kuala Lumpur.
2. Konsert Diraja Sempena Sambutan Keputeraan DYMM Raja Perlis
    dan Kem Muzik Kebangsaan 2009 bertempat di  Dewan 2020 Kangar Perlis.

Review :KONSERT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2008


Alhamdlillah bersyukur kehadrat ilahi kerana pelajar-pelajar Muzik dari SMK Meranti telah diplih menyertai Konsert KPM 2008. Konsert tahun ini bertemakan GEMA GEMILANG,yang membawa maksud persembahan yang menyerlahkan kemahiran, bakat,kreativiti serta kesepaduanyang mantap dan hebat dalam bidang seni muzik oleh warga pendidik hasil dari program terancang dan menjurus ke arah pembangunan modal insan kelas pertama.
Pelajar muzik dari SMK Meranti telah mengambil bahagian dalam segment pertama iaitu buka panggung.

BUKA PANGGUNG
Buka Panggung is the opening performance. Its starts with the musician facing the rebab. it begin with the serunai, a flute followed by other musical instruments like the rebab and the rebana. This is followed by solo vocalist who accompanied by the chorus. The seated dancers first begin to move their fingers rhytmically. This is followed by geaceful shoulder and body movements.They then rise slowly and stand straight as the singing comes to and end. This is to honour the audience as well as to cue them for the next performance.
Buka Panggung also tries to get the musician in a trance-like state. This introductory presentation takes about five to ten minutes. This item is often performed as a prelude to the Mak Yong and Wayang Kulit performancs.

Konsert KPM 2008 ini telah diadakan pada 15 Mac 2008 di Plenary Hall, KLCC KualaLumpur dan Kebawah DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tuaku Nur Zahirah telah mencemar duli menyaksikan konsert tesebut disamping YB Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishamuddin dan isteri. Dif-dif kehormat seperti KSU Kementerian, Ketua Pengarah Pelajaran dan pegawai-pegawai Kementerian dan JPN. Turut hadir ialah Menteri-menteri Pelajaran Negara ASEAN yang dijemput khas sempena Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN 2008.

Inilah satu-satunya penghormatan kepada pelajar muzik di SMK Meranti hasil tindakan pelajar 'larning by doing' dan seterusnya dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together.

Terima Kasih kepada KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA dan semua yang telibat dalam menjayakan Konsert GEMA GEMILANG KPM 2008.