Untuk memudahkan proses pengajaran dan Pembelajaran pihak sekolah telah mengadakan sebuah bilik muzik yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin, lantai karpet sebesar saiz bilik darjah biasa.
Peralatan muzik yang terdapat dalam bilik tersebut adalah alat asas sahaja pada mulanya. Dengan inisiatif Penyelia Kanan Muzik JPN Kelantan En. Mohd A'seri B. Mahmood (Pak Su) sekolah ini telah dibekalkan dengan peralatan muzik tradisional muzik Wayang Kulit Kelantan iaitu satu set alat muzik seperti serunai,gedombak, gendang, geduk, kesi, canang dan gong.Dengan adanya peralatan muzik tersebut dapat Kelab Muzik dan Kebudayaan SMK Meranti ditubuhkan dengan memberi fokus terhadap muzik tradisi Kelantan iaitu wayang kulit.Dengan sedikit penampilan pelajar yang mempunyai bakat waktu itu Kelab Muzik SMK Meranti telah diundang dan membuat persembahan di sekolah, daearah Pasir Mas, Negeri Kelantan, Peringkat Kementerian Pelajaran, Kebangsaan dan Antarabangsa.
Hasil komitmen pelajar, guru muzik dan Tuan Pengetua Haji Zakaria B. Awang Kelab ini telah memberikan pelajar-pelajar dan ahli-ahli peluang membuat persembahan diserata pelusuk Malaysia termasuklah di Sabah, Sarawak dan Bangkok, Thailand.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment