
Pendidikan Muzik merupakan satu cabang pendidikan formal yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam merealisasikan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani,intelek dan juga sosial. Kita perlu akur bahawa aktiviti kesenian dan kebudayaan merupakan aktiviti kokurikulum yang penting dalam pendidika masa kini.
Sesungguhnya kita perlu sedar bahawa muzik bukanlah satu bntuk hiburan semata-mata tetapi turut berperanan sebagai penyebar nilai-nilai positif seperti kasih sayang, kemanusiaan, semangat nasionalisme dan sebagainya. Nilai-nilai seperti ini diharap dapat digarap dan dtonjolkan agar bakat yang terdapat pada sesetengah pelajar dapat dicungkil tanpa mengabaikan peranan mereka terhadap akademik. Apa yang kita mahukan ialah penghayatan terhadap Pendidikan Muzik sebagai satu bentuk pendidikan yang mempunyai nilai akademik, tanggungjawab memelihara warisan budaya masyarakat Malaysia dan seterusnya dapat menjiwai konsep 1 MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment